like

Sunday, 3 November 2013

Hukum DOA & PUASA Awal Dan Akhir Tahun



Ramai yang bertanya saya hukum DOA dan PUASA awal dan akhir tahun. Sebab mereka keliru ada orang (ustaz) yang mengatakan ia sebagai BID'AH dan SESAT.

JAWAPAN SAYA:

1- Sebelum kita membincangkan isu ini, perlu diketahui bahawa BID'AH bermaksud menyandarkan sesuatu perbuatan kepada Nabi SAW sama ada dalam bentuk perbuatan, percakapan atau perakuan. Oleh itu, setiap perbuatan (IBADAH) yg disandarkan kpd Baginda SAW sedangkan Dia tidak melakukannya maka itu dikira BID'AH yang TIDAK BOLEH diamalkan.

2-Hukum berdoa dan berpuasa sunat adalah dituntut secara mutlak. Oleh yang demikian, setiap doa atau puasa sunat tanpa mengaitkan amalan tersebut kepada perbuatan Nabi SAW secara khusus adalah DIBENARKAN dan TIDAK TERMASUK dalam KATEGORI BID'AH yg terlarang. Sesungguhnya galakan BERDOA atau PUASA SUNAT tidak hanya dikhususkan pada akhir dan awal tahun sahaja. Tetapi ia digalakkan pada setiap masa dan ketika.

3- Bagi umat Islam yang ingin membaca DOA AKHIR dan AWAL tahun DIPERSILAKAN untuk melakukannya. Namun, jangan pula dianggap ia sebagai salah satu SUNNAH yg dituntun oleh NABI SAW. Anggaplah ia sebagai salah satu perbuatan yang biasa dilakukan oleh adat orang Melayu. Lagipun kandungan intipati doa-doa akhir dan awal tahun itu juga baik dan tidak pula membawa erti kesesatan dll.
Walaubagaimanapun, JIKA ada yang tidak berminat untuk TIDAK BERBUAT demikian, mereka juga DIBENARKAN dan mereka TIDAK BERDOSA kerana ia bukan satu arahan yg WAJIB atau Sunnah Nabi yg dituntut secara khusus.

4- Begitulah juga hukumnya bagi mereka yang ingin BERPUASA SUNAT. Teruskan puasa itu tanpa menisbahkan perbuatan itu kepada Nabi SAW kerana dikhuatiri termasuk dalam perbuatan BID'AH yang terlarang. Anggaplah puasa yang dilakukan itu sebagai puasa sunat yang biasa dilakukan seperti hari-hari lain.

Semoga dengan penjelasan di atas, TIADA di antara KITA yang berbalah dan bertengkar. Ingat.. Tiada siapa yang sempurna dalam hal ini. Saling hormat menghormati adalah lebih baik daripada menunding jari kepada kesalahan orang lain. ISLAM itu INDAH.
--------------------------------------------------
Soalan: Apa komen ustaz tentang bacaan doa akhir dan awal tahun sebagaimana diamalkan masyarakat kita? Adakah hadis yang menyuruhnya?

Ustaz Azhar Idrus:

Jangan kita bergaduh tentang soal bacaan doa akhir tahun dan awal tahun. Ini perkara kecil, hanya bab berdoa saja. Walaupun tiada hadis sahih yang menyuruhnya, tetapi tiada hadis yang melarangnya. Jadi, jika berdoa untuk kebaikan, kita akan mendapat pahala. Yang tak bolehnya berdoa yang tidak baik, seperti doa minta orang bercerai supaya bini dia kamu yang dapat!

Jadi, sesiapa yang hendak baca doa ini silakan, dan sesiapa yang tak mahu baca tidak ada salah apa-apa. Jangan kita hanya berani berhujjah pada perkara remeh dan khilaf, tetapi perkara munkar seperti konsert yang dedah aurat, gangnam, k-pop, isu murtad, dan sebagainya kita tak berani nak bersuara!

*Tiada salah membacanya selagimana doanya adalah perkara yang baik-2 cuma jangan disandarkan ia sebagai hadis nabi kerana 
"sesiapa yang berdusta atas namaku maka dia telah menempah tempatnya di neraka." (HR Bukhari dan Muslim). Berdusta atas nama Rasulullah bila mana mengada2kan atau mereka2 hadith yang baru yang datangnya bukan dari Rasulullah.

Moga Bermanfaat. Wallahu'alam.

Wednesday, 30 October 2013

Kisah Rasulullah SAW dan Buah Limau


Suatu hari Rasulullah SAW didatangi oleh seorang wanita kafir. Ketika itu baginda bersama beberapa orang sahabat. Wanita itu membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah untuk baginda. Cantik sungguh buahnya. Siapa yang melihat pasti terliur. Baginda menerimanya dengan senyuman gembira. Hadiah itu dimakan oleh Rasulullah SAW seulas demi seulas dengan tersenyum. 


Biasanya Rasulullah SAW akan makan bersama para sahabat, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada mereka. Rasulullah SAW terus makan. Setiap kali dengan senyuman, hinggalah habis semua limau itu. Kemudian wanita itu meminta diri untuk pulang, diiringi ucapan terima kasih dari baginda. Sahabat-sahabat agak hairan dengan sikap Rasulullah SAW itu. 

Lalu mereka bertanya. Dengan tersenyum Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya kali pertama. Kiranya kalian turut makan bersama, saya bimbang ada di antara kalian yang akan mengenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut. Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab tu saya habiskan semuanya.


Begitulah akhlak Rasulullah SAW. Baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, dan dari orang bukan Islam pula. Wanita kafir itu pulang dengan hati yang kecewa. Mengapa? Sebenarnya dia bertujuan ingin mempermain-mainkan Rasulullah SAW dan para sahabat baginda dengan hadiah limau masam itu. Malangnya tidak berjaya. Rancangannya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah SAW.


Kita hendaklah menghargai pemberian orang lain walaupun pemberian tersebut bukan kesukaan kita. Ucaplah terima kasih dan terimalah dengan hati yang ikhlas dan terbuka kerana setiap pemberian adalah rezeki daripada Allah.

Dari Abu Hurairah , ia berkata:

“Rasulullah tidak pernah mencerca makanan sama sekali. Bila beliau menginginkan sesuatu, beliau memakannya dan bila tidak suka beliau meninggalkannya”. (HR. al-Bukhari dan Muslim)

Rasulullah S.A.W Dengan Pengemis Yahudi Buta

Sebuah kisah yang mampu mengalirkan air mata kita :'(

 Di sudut pasar Madinah ada seorang pengemis Yahudi buta yang setiap harinya selalu berkata kepada setiap orang yang mendekatinya, Wahai saudaraku, jangan dekati Muhammad, dia itu orang gila, dia itu pembohong, dia itu tukang sihir, apabila kalian mendekatinya maka kalian akan dipengaruhinya.


Namun, setiap pagi Muhammad Rasulullah SAW mendatanginya dengan membawakan makanan, dan tanpa berucap sepatah kata pun Rasulullah SAW menyuapkan makanan yang dibawanya kepada pengemis itu sedangkan pengemis itu tidak mengetahui bahwa yang menyuapinya itu adalah Rasulullah SAW. Rasulullah SAW melakukan hal ini setiap hari sampai beliau wafat.

Setelah wafatnya Rasulullah SAW, tidak ada lagi orang yang membawakan makanan setiap pagi kepada pengemis Yahudi buta itu. Suatu hari sahabat terdekat Rasulullah SAW yakni Abubakar RA berkunjung ke rumah anaknya Aisyah RA yang tidak lain tidak bukan merupakan isteri Rasulullah SAW dan beliau bertanya kepada anaknya itu, Anakku, adakah kebiasaan kekasihku yang belum aku kerjakan?

Aisyah RA menjawab,Wahai ayah, engkau adalah seorang ahli sunnah dan hampir tidak ada satu kebiasaannya pun yang belum ayah lakukan kecuali satu saja.
Apakah Itu?, tanya Abubakar RA.
Setiap pagi Rasulullah SAW selalu pergi ke ujung pasar dengan membawakan makanan untuk seorang pengemis Yahudi buta yang ada disana, kata Aisyah RA.

Keesokan harinya Abubakar RA pergi ke pasar dengan membawa makanan untuk diberikan kepada pengemis itu. Abubakar RA mendatangi pengemis itu lalu memberikan makanan itu kepadanya.
Ketika Abubakar RA mulai menyuapinya, sipengemis marah sambil menghardik, Siapakah kamu?
Abubakar RA menjawab,Aku orang yang biasa (mendatangi engkau).
Bukan! Engkau bukan orang yang biasa mendatangiku, bantah si pengemis buta itu.

Apabila ia datang kepadaku tidak susah tangan ini memegang dan tidak susah mulut ini mengunyah.
Orang yang biasa mendatangiku itu selalu menyuapiku, tapi terlebih dahulu dihaluskannya makanan tersebut, setelah itu ia berikan padaku, pengemis itu melanjutkan perkataannya.

Abubakar RA tidak dapat menahan air matanya, ia menangis sambil berkata kepada pengemis itu, Aku memang bukan orang yang biasa datang padamu. Aku adalah salah seorang dari sahabatnya, orang yang mulia itu telah tiada. Ia adalah Muhammad Rasulullah SAW.

Seketika itu juga pengemis itu pun menangis mendengar penjelasan Abubakar RA, dan kemudian berkata, Benarkah demikian? Selama ini aku selalu menghinanya, memfitnahnya, ia tidak pernah memarahiku sedikitpun, ia mendatangiku dengan membawa makanan setiap pagi, ia begitu mulia….

Pengemis Yahudi buta tersebut akhirnya bersyahadat di hadapan Abubakar RA saat itu juga dan sejak hari itu menjadi muslim.

Nah, wahai saudaraku, bisakah kita meneladani kemuliaan akhlaq Rasulullah SAW? Atau adakah setidaknya niatan untuk meneladani beliau?
Beliau adalah ahsanul akhlaq, semulia-mulia akhlaq.

Kalaupun tidak bisa kita meneladani beliau seratus persen, alangkah baiknya kita berusaha meneladani sedikit demi sedikit, kita mulai dari apa yang kita sanggup melakukannya.

Bingkisan Doa Saat Aku Jatuh Cinta

Ketika Aku Jatuh Cinta

Ya Allah, jika aku jatuh cinta, cintakanlah aku pada
seseorang yang melabuhkan cintanya padaMU,
agar bertambah kekuatanku untuk mencintaiMU...

Ya Muhaimin, jika aku jatuh cinta, izinkanlah aku
menyentuh hati seseorang yang hatinya tertaut padaMU,
agar tidak terjatuh aku dalam jurang cinta nafsu...

Ya Rabbana, jika aku jatuh hati, jagalah hatiku padanya
agar tidak berpaling dari hatiMU...

Ya Rabbul izzati, jika aku rindu, rindukanlah aku pada
seseorang yang merindui syahid di jalanMU

Ya Allah, jika aku rindu, jagalah rinduku padanya agar tidak lalai
aku merindukan syurgaMU...

Ya Allah, jika aku menikmati cinta kekasihMU,
janganlah kenikmatan itu melebihi kenikmatan indahnya
bermunajat di sepertiga malam terakhirMU...

Ya Allah, jika aku jatuh hati pada kekasihMU,
jangan biarkan aku tertatih dan terjatuh dalam perjalanan panjang
menyeru manusia kepadaMU...

Ya Allah , jika kau halalkan aku merindui kekasihMU,
jangan biarkan aku melampui batas sehingga melupakan aku
pada cinta hakiki dan rindu abadi hanya kepadaMU...

Ya Allah , Engkau mengetahui
bahawa hati ini telah terhimpun dalam cinta padaMU,
telah berjumpa dalam taat padaMU,
telah bersatu dalam dakwah padaMU,
dan telah terpadu dalam membela syariatMU,
penuhilah hati hati ini dengan Nur'MU yang tiada pudar...

lapangkanlah dada dada kami
dengan limpahan keimanan
Amiinnn.... Amiinnn....
Ya Robbal Alaminnn....

Saturday, 19 October 2013

Tips Ambil Hati Pasangan

Keharmonian rumah tangga terletak ditangan kedua belah pihak suami dan isteri. Jika anda saling memahami dan menghormati antara satu dengan yang lain, InsyaAllah rumah tangga anda akan sentiasa aman dan bahagia di dunia dan di akhirat.

Tips mengambil hati suami:

1. Sentiasa berhias untuk suami. Bersiap dan berhias menunggu kepulangan suami, sentiasa menjaga kecantikan dari seperti masa berkenalan dahulu.
2. Memahami hobi suami dan sentiasa memberi dorongan selagi ia memberi manfaat dan menggembirakan suami anda. Tetapi berbincanglah jika hobi berkenaan terlalu memakan masa untuk anda bersama atau suami anda terlalu boros untuk hobi tersebut.
3. Menyediakan hidangan dan minuman untuk suami tanpa di suruh.

 Tips mengambil hati isteri:

1. Memberi hadiah kepada isteri, walaupun nilainya tidak seberapa tetapi ia akan dihargai oleh pasangan anda.
2. Memuji masakan isteri anda. Memasak dan mengurus rumah adalah pengorbanan yang besar dilakukan oleh isteri anda.
3. Temani isteri anda dan memberi pendapat anda apabila diminta.
4. Selalu memeluk dan membelai isteri. Sebelum menikah haram pegang tangan, apabila selepas berkahwin mahu menyentuh isteri pun sudah tak ada masalah.
5. Memuji kecantikan isteri apabila dia berhias. Jangan sekali-kali memuji kecantikan perempuan lain di depannya, ini akan membuat isteri anda berkecil hati dan merasa kekurangan.
Semoga bermanfaat.

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites More